Saturday 18 February 2012

Kerja-Kerja Penyelenggaraan...

Assalamualaikum...W.B.T...





Makluman...


Pada 16 Hingga 20 Februari 2012..'House Of Darts' Akan Ditutup Selama Tempoh Tersebut Disebabkan Kerja-Kerja Menaik Taraf Sistem Pendawaian Elektrik Sedia Ada..


Hal Ini Berlaku Disebabkan Terdapat Sedikit Renjatan Arus Berikutan Kebocoran Wayar Di Ruang Siling Kerana Kontraktor Terdahulu Hanya Melakukan Kerja Pendawaian 'Tanpa Paip' Dibahagian Siling...Ini Menyebabkan Wayar Lebih Terdedah Kepada Makhluk Perosak Seperti Tikus Dan Lebih Terdedah Pada Cuaca Panas...


Kontraktor Pendawaian Baru Telah Dilantik Bagi Melakukan Proses Penambahbaikan Tersebut..Diharap Pihak Kontraktor Tersebut Dapat Menyiapkan Kerja-Kerja Dalam Jangka Masa Yang Ditetapkan..Admin bagi Pihak Tapah Prison Darters Club Mengucapkan Jutaan Terima Kasih Kepada KPL Kamar Arifin (Selaku Penjaga Jentera Elektrik A1) Dan Wadar Zadilla (Pembantu) Diatas Khidmat Tanpa Bayar..Jasa kalian..Amat kami hargai...


Bagi Darters Sekalian...Selepas Tarikh Tersebut...Bolehlah Beraksi Semula...Bagi Darters Yang Belum Menghabiskan Game (Tapah Prison Darters League 1/12)..Bolehlah Menghabiskanya Minggu Hadapan Disebabkan Tiada Halangan Seperti Tugas Malam Dan Sebagainya...Cuma Arieza Iskandar (Pride cafe Karaoke) Akan Bercuti Selama 7 (Tujuh) Hari Bermula 20 Februari 2012 (Isnin)..Dan Selepas Itu Giliran Admin Akan Bercuti Pula Iaitu Bermula 24 Februari Hingga 3 Mac 2012...


Bagi Darters lain...Teruskan Permainan Kerana Hasil Perbincangan Admin Bersama KPL 6410 Roseli Bin Nawi (Manager) Dan 16523 Muhammad Hafiz Bin Ismail...Bermula Bulan Hadapan..Pengurusan Tapah Prison Darters Club Akan Menyediakan Hadiah Yang Menarik Bagi Kejohanan Yang Dianjurkan...
Teruskan Usaha Kalian...

Majulah Sukan Untuk Negara...


Wassalam.....


Admin...

Friday 17 February 2012

Hasil Yang Tidak Seberapa...

Assalamualaikum W.BT...

Dalam Memacu Upaya Bersama Beberapa Rakan Darters Untuk Mencari Design Yang Terbaik Bagi Dimuatkan Dalam Baju Yang Akan Dikeluarkan Bagi Sesi 2012...

Dilembaran Ini Juga..Admin Meraih Idea-Idea Terbaik Dari Darters Lain Supaya Hasil Yang Diharapkan Dapat Diterjemahkan Dan Membuktikan Kerjasama Sesama Kita...

Antara Hasil Peringkat Awal...









P/S....Ini Hanyalah Di Peringkat Awal..Penambahbaikan Akan Dilakukan Bagi Memperkemaskan Lagi Design Club..







Tuesday 14 February 2012

Maafkan Daku Tuan Manager...

Assalamualaikum...W.B.T

Kegagalan Kita Hari Ini Merupakan Pencetus Kejayaan Masa Hadapan...

Bermula 15 Fubruari 2012..Satu Formula Telah Dirangka Dalam Proses Penambahbaikan Mutu Permainan 'Darters Beginner'..Walaupun Ada Penglibatan Golongan Elit..Akan Tetapi Ianya Menjadikan Satu Persaingan Yang Sihat Dan Merupakan Proses Pembelajaran Yang Amat Baik Bagi 'Darters Beginner'..Walaupun Tercacat Keputusan 'Luar Jangka'..Ini Merupakan Permulaan Yang Positif Dalam Usaha Melahirkan Darters Wakil Institusi Mahupun Jabatan...
Akhir Lembaran..Admin Berharap Momentum Ini Berterusan...

'SALUTE TO HAFIZ..KPL ROSELI..KPL MAIL'
                               


Berikut Adalah Keputusan Terkini....

                                     LATEST RESULT
               TAPAH PRISON DARTERS CLUB LEAGUE
     PLAYER                     GAME        LOST              WIN                    PTS        
1.   HAFIZ    7 3 13 18
2.   KPL ISMAIL 7 7 11 15
3.   KPL ROSELI 6 4 10 12
4.   ROHMAN 6 7 6 9
5.   ARIFF 6 9 4 6
6.   BAKRI 6 10 4 3
7.   AZMAN 6 10 4 3
8.   CIK YUSRI2 1 1 3
9.   AZLAN 0 0 0 0
10.  HALIM 0 0 0 0



*To All Darters..Please Complete All Game For This Season..
Thank You As Your Cooperation...

Saturday 4 February 2012

Salam Maulidurrasul 1433H



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Alhamdulilah, segala puji kita panjatkan kepada Allah, selawat serta salam buat junjungan tercinta Rasulullah SAW, para sahabat r.a, juga mereka yang telah mencontohi dan menyelusuri jejak perjuangan baginda SAW.
Tanggal 5 Februari 2011, kita menyambut hari keputeraan Rasulullah SAW. Sambutan ini diadakan di seluruh pelusuk negara bagi mengingati dan mengenang jasa serta perjuangan baginda SAW. Seorang penulis Barat meletakkan baginda SAW sebagai tokoh pertama yang paling berpengaruh dari kalangan manusia yang telah melakukan perubahan kepada dunia.
Menyambut Maulidur Rasul bukan sekadar kita mengadakan perarakan, siri ceramah, selawat dan salam untuk baginda, namun apa yang lebih penting ialah sejauh mana kita menceduk dan mengambil sibghah (acuan) yang telah dipusakai buat generasi kita.
Menyambut Maulidur Rasul bermakna kita harus iltizam untuk terus menjunjung sunnah baginda SAW dalam segenap dimensi kehidupan kita. Kita wajib memasak pancang jihad, dakwah dan tarbiyyah yang ditinggalkan baginda untuk diwariskan kepada generasi selanjutnya. Ia juga bererti kita wajib menjadi mata rantai risalah baginda yang berkesinambungan serta membawa obor tajdid dan taghyir yang dipelopori baginda.
Kita kenangkan saat-saat sebelum kelahiran dan kebangkitan baginda SAW, ketika dunia dihinggapi virus jahiliyyah, ketika kuasa didominasi para perakus dan penguasa yang zalim, ketika umat ibarat buih yang terhempas di lautan, ketika masyarakat sarat dengan kebejatan sosial. Ketika itulah Allah mengutuskan baginda sebagai penyelamat dan agen perubah umat. Rasulullah SAW menjadi cahaya ke seluruh alam, petunjuk sepanjang jalan dan pemimpin ke jalan yang lurus. Menerusi proses tilawah, tazkiyah dan ta’lim, baginda telah memulakan satu gerakan perubahan umat.
Marilah kita menggali semula jejak dakwah dan tarbiyah baginda SAW dalam mengasaskan satu binaan Islam. Mari kita sematkan sejarah keagungan baginda dalam benak jiwa dan fikiran kita. Jangan kita menjadi penderhaka kepada baginda SAW dengan hanya sekadar berarak, berselawat dan bersepanduk tetapi kita mencerca dan mengabaikan sunnah baginda terutama sunnah kubra iaitu berdakwah dan berjihad untuk mengembalikan ketuanan Islam di muka bumi ini.
Semoga kehadiran Maulidur Rasul 1433H menambahkan kecintaan dan kerinduan kita pada baginda sekaligus memotivasikan kita untuk sederap melangkah ke hadapan bagi menakhodai bahtera perubahan ini. Biar jasad baginda jauh dari mata kita namun jihad, dakwah, tarbiyah serta sosok baginda dekat di sanubari kita.
Salam Maulidur Rasul.
Admin

Friday 3 February 2012

Setumpah Tinta Emas Dari Hujung Pena...

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera...


Tatapan Para Darters Menyimpang Jauh Dari Hakikat Sebuah Nama..Ianya Satu Perkongsian Yang Agak Keterlaluan Bagi Kita (Darters)...Secara Terang-Terangan Medium Yang Salah...


'Sang Persata Nala Itu Mitos...?.?.?.


Jika Benar Seperti Dikata 'Gigabyte Lamina'..Ianya Dapat Diperjelaskan Sebagai Satu Kenyataan Yang Agak Beratan...Namun Secara Hakikatnya...Ada Kebenaran Sejarahnya...


Dan Jika Ianya Mitos..!.!.!...







Parameswara Di Bawah Pohon Melaka Juga Mitos..


Kegagahan Ilmu Persilatan Hang Tuah Juga Mitos..

Hikayat Mendalami Ilmu Persilatan Hang Tuah,Hang Jebat Dan Saudara Yang Lain Juga Mitos..

Lagenda Keris Taming Sari Juga Adakah Mitos..

Kedatangan Laksamana Cheng Ho Ke Kepulauan Melaka Juga Mitos..

Serangan Portugis Keatas Melaka Yang Diketuai Alfonso Al Boutaqueque Juga Masih Diperkatakan Sebagai Mitos..

Jika Persoalan Mitos Yang Diperkatakan..Moga 'Gigabyte Lamina' Mendapat Pencerahan Sekiranya Kitab Hikayat Hang Tuah Di 'Cabul' Dengan Rakusnya...

P/s...Berapa Banyak Punya Mitos Laa....Ha..Ha....Yang Penting...
Mulai Hari Rabu...Awal...Ketaq Tangan Dah Ni...hahahahaha