Saturday 18 February 2012

Kerja-Kerja Penyelenggaraan...

Assalamualaikum...W.B.T...





Makluman...


Pada 16 Hingga 20 Februari 2012..'House Of Darts' Akan Ditutup Selama Tempoh Tersebut Disebabkan Kerja-Kerja Menaik Taraf Sistem Pendawaian Elektrik Sedia Ada..


Hal Ini Berlaku Disebabkan Terdapat Sedikit Renjatan Arus Berikutan Kebocoran Wayar Di Ruang Siling Kerana Kontraktor Terdahulu Hanya Melakukan Kerja Pendawaian 'Tanpa Paip' Dibahagian Siling...Ini Menyebabkan Wayar Lebih Terdedah Kepada Makhluk Perosak Seperti Tikus Dan Lebih Terdedah Pada Cuaca Panas...


Kontraktor Pendawaian Baru Telah Dilantik Bagi Melakukan Proses Penambahbaikan Tersebut..Diharap Pihak Kontraktor Tersebut Dapat Menyiapkan Kerja-Kerja Dalam Jangka Masa Yang Ditetapkan..Admin bagi Pihak Tapah Prison Darters Club Mengucapkan Jutaan Terima Kasih Kepada KPL Kamar Arifin (Selaku Penjaga Jentera Elektrik A1) Dan Wadar Zadilla (Pembantu) Diatas Khidmat Tanpa Bayar..Jasa kalian..Amat kami hargai...


Bagi Darters Sekalian...Selepas Tarikh Tersebut...Bolehlah Beraksi Semula...Bagi Darters Yang Belum Menghabiskan Game (Tapah Prison Darters League 1/12)..Bolehlah Menghabiskanya Minggu Hadapan Disebabkan Tiada Halangan Seperti Tugas Malam Dan Sebagainya...Cuma Arieza Iskandar (Pride cafe Karaoke) Akan Bercuti Selama 7 (Tujuh) Hari Bermula 20 Februari 2012 (Isnin)..Dan Selepas Itu Giliran Admin Akan Bercuti Pula Iaitu Bermula 24 Februari Hingga 3 Mac 2012...


Bagi Darters lain...Teruskan Permainan Kerana Hasil Perbincangan Admin Bersama KPL 6410 Roseli Bin Nawi (Manager) Dan 16523 Muhammad Hafiz Bin Ismail...Bermula Bulan Hadapan..Pengurusan Tapah Prison Darters Club Akan Menyediakan Hadiah Yang Menarik Bagi Kejohanan Yang Dianjurkan...
Teruskan Usaha Kalian...

Majulah Sukan Untuk Negara...


Wassalam.....


Admin...

No comments:

Post a Comment